fbpx

Ahli perniagaan dapat semula wang RM1 juta yang lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee (dua kanan) dan isterinya (kanan) bersama-sama Michael (dua kiri) dan Sim (kiri) pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP Sarawak, hari ini.

KUCHING – Ahli perniagaan yang ‘kehilangan’ duit sebanyak RM1 juta daripada akaun banknya gara-gara menjawab panggilan daripada sindiket penipuan bank, mampu menarik nafas lega apabila wang berkenaan berjaya diperoleh semula.

Mangsa yang dikenali sebagai Lee itu berkata, wangnya itu dipulangkan oleh sebuah syarikat telco dan dikreditkan semula ke akaun sebuah bank miliknya pada petang semalam.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pihak bank terbabit tidak memberikan sebarang penjelasan tentang bagaimana transaksi tanpa kebenaran itu berlaku.

“Mereka hanya memaklumkan kepada saya bahawa wang itu telah dikembalikan ke dalam akaun saya.

“Saya berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan dan mendedahkan hasil siasatan secepat mungkin,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, hari ini.

Ia turut dihadiri pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, Michael Kong dan Sim Kiat Leng.

Pada Ahad lalu, Lee mendapati wang RM1 juta miliknya dalam akaun bank telah dipindahkan tanpa kebenaran dan pengetahuannya, setelah menjawab panggilan daripada sindiket penipuan bank. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI