fbpx

Wanita menangis semasa dibawa reman kes rasuah di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek wanita kelihatan menangis ketika diiringi anggota SPRM di Mahkamah Georgetown hari ini. - Foto oleh NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Seorang wanita kelihatan menangis teresak-esak ketika diiringi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk mendapatkan tempoh tahanan reman.

Suspek terbabit antara enam individu terdiri dua orang awam dan empat kakitangan kerajaan itu direman selama lima hari bermula hari ini berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot serta ‘runner’ sejak tujuh tahun lalu.

Turut direman bagi membantu siasatan ialah anggota penguat kuasa agensi laut.

Enam individu diiringi anggota SPRM di Mahkamah Majistret Georgetown hari ini. – Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

Perintah reman ke atas kesemua suspek berusia antara 36 hingga 56 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlan Basri di Mahkamah Majistret di sini selepas mendapat permohonan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.

Kesemua suspek dikatakan meminta rasuah agar tiada tindakan undang-undang diambil ke atas bot-bot nelayan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI