fbpx

Sukan SEA 2023: Atlet wajib isytihar status kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Kontinjen (CDM) negara ke temasya Sukan SEA Kemboja, Datuk Mohd Nasir Ali (tengah) ditemui pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pengurus pasukan setiap acara sukan diseru untuk mengisytiharkan status kesihatan lengkap semua atlet sebagai langkah mengelakkan isu doping berlaku pada Sukan SEA 2023 di Kemboja, Mei depan.

Ketua Kontinjen (CDM) negara ke temasya Sukan SEA edisi ke-32 itu, Datuk Mohd. Nasir Ali berkata, pihak pengurusan bimbang sekiranya ada dalam kalangan atlet yang mempunyai asma dikhuatiri gagal ujian doping akibat mengambilan ubatan tertentu.

“Semua atlet perlu mengemukakan borang kesihatan Therapeutic Use Exemption (TUE) supaya pihak Istitut Sukan Negara (ISN) mengambil maklum isu kesihatan mereka, selain mencari alternatif perubatan yang tidak akan menggangu ujian doping.

“Sebagai persiapan, atlet harus membuat pemeriksaan perubatan sebelum pergi (ke Sukan SEA) dan mereka harus memberitahu jika mereka ada asma, jadi ISN akan membuat persediaan tertentu.

“Justeru, tidak akan ada masalah mengenai doping itu,” katanya selepas Mesyuarat Pengurus Pasukan ke temasya Sukan SEA ke-32 di Wisma Majlis Olimpik Malaysia petang tadi.

Turut hadir pada sidang media tadi adalah Timbalan CDM, Sharon Wee dan Datuk Shalin Zulkifli.

Sukan SEA 2023 dijadualkan bermula pada 5 hingga 17 Mei depan dengan sebahagian besar acara sukan bakal dilangsungkan di bandaraya Phnom Penh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI