fbpx

Steven Seagal terima anugerah persahabatan daripada Vladimir Putin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan Vladimir Putin (kiri) dan Steven Seagal. - AFP

MOSCOW – Presiden Russia, Vladimir Putin menandatangani dekri untuk memberikan penghormatan kepada pelakon Amerika Syarikat (AS), Steven Seagal dengan menyerahkan anugerah ‘Order of Friendship’, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Dekri itu memetik apa yang disebut sebagai sumbangan besar aktor tersebut kepada pembangunan kerjasama kebudayaan dan kemanusiaan antarabangsa antara Russia dengan AS.

Sebelum ini Seagal telah menjadi pelawat tetap ke Russia dan menjadi warganegara negara itu pada 2016 apabila dia menerima pasport negara berkenaan daripada Putin secara peribadi. 

Aktor yang kini berusia 70 tahun dan dilahirkan di Michigan, AS juga pernah berkhidmat sebagai wakil khas Kementerian Luar Russia ke AS dan Jepun.

Bekas pelakon aksi itu menyokong pendudukan Russia di Semenanjung Crimea dan memberikan sokongan terhadap pencerobohannya ke atas Ukraine. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI