fbpx

Sivasangari enggan terlalu kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivasangari

PEMAIN skuasy No. 1 negara, S. Sivasangari bersyukur kerana masih mendapat peluang kembali bertarung di gelanggang walaupun tersingkir di pusingan kedua Squash On Fire di Wa­shington, Amerika Syarikat (AS) minggu lalu.

Sivasangari, 24, masih boleh berbangga walaupun tewas 10-12, 5-11, 3-11 kepada Amina Orfi dari Mesir memandangkan ia adalah kejohanan pertamanya selepas lapan bulan sejak terlibat dalam kemalangan jalan raya tahun lalu.

Walaupun lawan Sivasangari itu berstatus wildcard, tetapi pemain ranking ke-84 dunia tersebut berjaya melangkah sehingga ke perlawanan akhir sebelum tewas 11-9, 11-5, 11-3 kepada pilihan pertama, Tinnes Gilis dari Belgium.

“Perasaan kecewa dan kejohanan pertama yang sukar selepas kembali ke siri jelajah. Selama lapan bulan terlepas aksi.

“Namun, saya tetap bersyu­kur dapat kembali bertanding dan melakukan apa yang saya gemari (skuasy). Saya berharap dapat terus bangun dan meningkat daripada kejohanan ini,” kata pemain berasal dari Sungai Petani, Kedah itu.

Sivasangari yang menghuni ranking No.18 dunia, dijangka tidak mengambil masa lama untuk kembali mencapai tahap permainan terbaiknya sejak meng­alami kemalangan melibatkan kereta dan lori di Lebuh Raya Maju Expressway pada Jun lalu.

Kemalangan itu menyebabkan Sivasangari terpaksa digantikan oleh seorang lagi pemain skuasy wanita negara, Aifa Azman sebagai pembawa Jalur Gemilang pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Kejohanan seterusnya iaitu Terbuka Bristih pada 9 April depan mampu menjadi platform terbaik buat Sivasangari me­nunjukkan peningkatan apabila dijadualkan berdepan Chan Sin Yuk dari Hong Kong di pusingan pertama nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI