fbpx

Selangor FC belum temui keserasian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEL VALLE gagal mencetak nama sebagai penjaring ketika Selangor hanya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kelantan United kelmarin.

SELEPAS mengambil kira pelbagai aspek, pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe merasakan belum masanya untuk beliau berasa panik selepas hanya mampu menang 1-0 ke atas Kelantan United di Stadium Majlis Bandaraya Pe­taling Jaya, kelmarin.

Walaupun berjaya menguasai hampir keseluruhan permainan, Gergasi Merah masih dihimpit beberapa kelemahan dan Cheng Hoe merasakan aspek keserasian antara perkara yang perlu diperbaiki untuk menghadapi tugasan lebih mencabar selepas ini.

“Memang kita jangka perlawanan pertama akan jadi sukar kerana kita pun sudah buat analisis tentang Kelantan United. Memang corak mereka adalah datang untuk bertahan dan cuba buat kejutan menerusi serangan balas.

“Kita tahu keadaan itu, namun paling penting adalah tiga mata dan saya dapat lihat ada petanda positif dalam pasukan,” katanya.

Selepas mensia-siakan bebe­rapa peluang terbaik yang dicipta, Selangor akhirnya berjaya mengelak aib dan memperoleh gol tunggal perlawanan menerusi tonggak pertahanan, Yazan Al-Arab.

Pada perlawanan ini, Cheng Hoe menurunkan empat muka baharu, Faisal Halim, Yohandry Orozco, Ayron Del Valle dan Noor Al-Rawabdeh dalam kesebelasan utama.

Berdasarkan prestasi dipamerkan keempat-empat pemain itu, bekas pengendali skuad kebangsaan itu mengakui semuanya belum mencapai tahap dimahukan, namun menganggap ia perkara normal.

“Kalau kita baca di media sosial, pemain terbaik di dunia pun akan ada yang bercakap tentang perkara negatif. Namun, sebagai jurulatih, saya yakin dengan pres­tasi Orozco dan Ayron ke­rana bukan senang untuk berada pada tahap terbaik sedangkan mereka tiba lewat.

“Orozco belum capai kecergasan memuaskan dan sebab itu saya rehatkannya. Ayron pun kita lihat dia sudah bagi yang terbaik. Kecergasan Faisal pun belum capai tahap memuaskan dan sebab itu saya buat beberapa pertukaran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI