fbpx

Rundingan naikkan gaji lulusan TVET masih berjalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapha (lima kiri) menyampaikan mock cek kepada salah seorang pemenang pertandingan itu di SACC, Shah Alam.

SHAH ALAM- Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) masih berunding dengan pihak industri dalam usaha meningkatkan gaji minimum pekerja lulusan latihan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, sebarang kenaikan gaji melibatkan pekerja lulusan berkenaan akan dimaklumkan MPGN setelah selesainya rundingan.

“Rundingan itu masih lagi berlangsung namun sekiranya ada pihak yang ingin memberikan sebarang cadangan berhubung isu gaji, kita akan bawa cadangan mereka ke MPGN.

“Setakat ini, semua majikan masih mengikut skim gaji minima yang telah ditetapkan kerajaan yang akan dilaksanakan pada tahun ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyampaian Pingat Pertandingan WorldSkills Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Pada bulan lalu, Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) meminta kerajaan menetapkan gaji minimum kepada lulusan TVET di antara RM1,800 hingga RM2,000.

Setiausaha Agung PKPB, Mohammad Rizan Hassan memaklumkan, hal ini wajar dilakukan setelah mengambil kira kemahiran yang ada pada lulusan bidang itu, selain menarik lebih ramai belia menyertai TVET. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI