fbpx

Rumah runtuh, tiga beranak selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berjaya mengeluarkan seorang mangsa terperangkap di dalam rumah yang runtuh.

KUCHING – Tiga beranak berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba selepas terperangkap di dalam rumah mereka yang runtuh di bahagian pintu hadapan pada awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi tadi dan segera mengarahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya serta BBP Tabuan Jaya ke lokasi.

“Semasa tiba di lokasi, kesemua mangsa masih berada di dalam rumah dalam keadaan selamat.

“Mereka tiada akses untuk keluar kerana pintu utama telah runtuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata, kesemua mangsa kemudian berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba kira-kira pukul 3.19 pagi.

Katanya, ketiga-tiga mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI