fbpx

RM36.69 juta diperuntuk kepada 663 usahawan industri halal negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika meninjau kilang pemprosesan makanan di Kompleks Industri Makanan Mara (Kimar), hari ini.

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan sebanyak RM36.69 juta kepada 663 usahawan industri halal negara bagi membantu mereka membangunkan perusahaan yang dijalankan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Mara telah mengatur pelbagai strategi dalam menyediakan prasarana yang menyokong kepada perkembangan pembangunan industri berkenaan di negara ini.

“Ia seperti kemudahan latihan bagi membangunkan modal insan, pembangunan perniagaan meliputi keseluruhan sistem dalam perniagaan serta menyediakan kemudahan sokongan yang diperlukan sesebuah perniagaan seperti inkubator, premis perniagaan yang menepati spesifikasi industri dan logistik halal serta akses kepada pasaran domestik dan antarabangsa.

“Saya bangga apabila dimaklumkan yang Mara mempunyai hampir keseluruhan daripada yang saya sebutkan tadi,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja di Kompleks Industri Makanan Mara (Kimar) di sini, hari ini.

Tambah Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu, nilai pasaran halal domestik negara diunjurkan meningkat kepada RM400 billion, dilihat mampu menyumbang 11 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

Jelasn Ahmad Zahid, ia membuka ruang kepada kemajuan pasarannya untuk terus meningkat dan memberi faedah kepada umat Islam terutama di peringkat antarabangsa.

“Peluang bagi pembangunan industri halal sentiasa terbuka luas berikutan perdagangan halal di pasaran global diunjurkan mencecah RM22.34 trillion sehingga tahun 2030 dengan jumlah penduduk Islam di seluruh dunia yang dianggarkan mencapai 1.6 bilion,” katanya.

Ujarnya, industri itu dikenal pasti sebagai sektor berimpak tinggi yang akan meningkatkan kapasiti dan keupayaan Malaysia dalam meningkatkan pembangunan tenaga kerja, memacu kepada pembangunan industri serta mampu meningkatkan daya saing produk.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid juga mengumumkan kelulusan kepada permohonan Mara untuk meningkatkan lagi voltan elektrik di kawasan Kimar supaya dapat merancakkan lagi produktiviti di kilang berkenaan.

“Saya berharap dengan ini, Kimar akan dapat selangkah ke hadapan dalam industri halal,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI