fbpx

Rider hilang ingatan, isteri pening cari sumber rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI Nurliyana mengusap kepala suaminya, Zamri yang sering sakit selepas terlibat dalam kemalangan di Kuala Pilah bulan lalu.

KUALA PILAH – Seorang penghantar makanan bukan sahaja hilang ingatan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya bulan lalu, malah kejadian itu turut mengakibatkan dia tidak lagi mampu untuk bekerja bagi me­nyara keluarga.

Zamri Jamaludin, 30, mengalami pendarahan teruk ekoran kemalangan pada 16 Februari lalu ketika dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan di daerah ini.

Situasi itu menyebabkan isteri Zamri, Siti Nurliyana Rosli, 23, hilang tempat bergantung dan tiada sumber pendapatan untuk menyara tiga anaknya yang masih kecil.

“Selepas kemalangan, setiap hari suami mengadu pening akibat hentakan kuat di kepala selain berlaku pendarahan.

“Dia sukar untuk ingat apa yang terjadi, tetapi alhamdulilah dia masih ingat nama saya dan anak-anak walaupun ada kalanya panggilan bertukar,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Sawah Lebar di sini baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Siti Nurliyana berkata, suaminya juga sering mengadu sakit dada dan muntah serta pernah menangis kerana menahan kesakitan.

“Dahulu suami tegas dan manja dengan anak-anak, tetapi sekarang akibat hilang ingatan, dia berubah menjadi seperti seorang kanak-kanak dan sering bertanya soalan sama.

“Doktor beritahu, ingatan suami akan mengambil masa sekurang-kurangnya empat tahun untuk pulih,” katanya yang mempunyai tiga orang anak pe­rempuan iaitu Siti Nur Sumayyah, 4, Siti Nur Aisyah, 2, dan Siti Nur Affiyah, empat bulan.

Lebih merisaukan kata Siti Nurliyana, dalam tempoh suami nya sakit, dia terputus sumber kewangan dan hanya mengharap­kan ihsan keluarga mentua.

“Anak-anak masih kecil, ke­perluan susu dan lampin pakai buang mereka sahaja lebih kurang RM200 sebulan. Ini belum lagi sewa rumah RM150 dan keperluan lain,” katanya.

Siti Nurliyana berkata, sebelum ini dia pernah bekerja kilang, namun berhenti pada Mei tahun lalu kerana alahan teruk ketika mengandung anak bongsu.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan di akaun bank CIMB nama Siti Nurliyana 7621637509.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI