PETALING JAYA – Sebuah restoran makanan laut mengalami kerugian sebanyak RM723 setelah pelanggan mereka ‘lari’ tidak membayar makanan yang dipesan mereka.
Perkara berkenaan didedahkan menerusi hantaran Facebook restoran yang bertempat di Pantai Bersih, Bagai Ajam.
“Rugi sehari RM723, pelanggan makan tak bayar. Sama ada tidak sengaja atau sengaja.
“Pelanggan meja 11 (RM397), meja 34 (RM218) dan meja 5 (RM108).
“Kepada pelanggan meja berkenaan, sekiranya anda terlupa untuk membayar bil anda dan apabila anda ingat, sila datang buat pembayaran kepada pihak kami,” ujarnya.
Katanya, pihak restoran mengalami banyak kerugian dalam masa sehari setelah pelanggan di tiga meja berkenaan bertindak meninggalkan meja tanpa membuat pembayaran. – KOSMO! ONLINE