fbpx

K2

Pupuk ‘semangat bola sepak’ sejak kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemain cilik sedang beraksi.

Pemain hebat seperti Lionel Messi mahupun Mohamed Salah diasuh dan dilatih dengan kemahiran berbola sepak sejak usia masih hijau.

Mengambil iktibar daripada sejarah hidup pemain-pemain ternama dunia itu, kelab Majlis Perbandaran Klang (MPKlang) Junior FC menjadikannya formula untuk program pembangunan bola sepak kelab tersebut.

Menurut Penyelaras Akademi Pembangunan Kelab Bola Sepak Majlis Perbandaran Klang (MPK), Azhar Nordin, program pembangunan bola sepak berkenaan melibatkan pemain-pemain lelaki dan perempuan seawal usia 5 tahun hingga 20 tahun.

“Akademi ini diwujudkan dengan visi kita untuk melahirkan pemain yang mampu beraksi ke peringkat lebih tinggi bermula dengan wakil sekolah.

“Kebanyakan peserta MPKlang Junior FC datang dari 100 buah sekolah di sekitar daerah Klang dan ada juga beberapa orang dari luar daerah ini.

“Matlamat kita untuk meramaikan pemain di sini dan menganjurkan aktiviti MPK buat anak-anak Klang dengan sokongan ibu bapa,” katanya ketika ditemui media semasa sesi latihan di Padang

Sultan Suleiman, Klang, Selangor baru-baru ini.

Barisan jurulatih dan ibu bapa yang menjadi tulang belakang MPKlang Junior FC.

Azhar berkata, semua pemain sememangnya ingin berjaya seperti Messi dan Mohamed Salah, namun apa yang lebih penting aktiviti sukan juga perlu mampu menjadikan peserta lebih berdisiplin dan bersemangat.

“Bola sepak memerlukan pemain yang miliki semangat bertanding untuk menang, bermain dalam satu pasukan, mematuhi peraturan dan paling penting meningkatkan disiplin.

“Apabila ‘semangat bola sepak’ ini berada dalam diri seseorang pemain, mereka akan berusaha bangun awal pagi untuk berlatih dan mempunyai fokus bagi mencapai sesuatu matlamat sebagaimana sesebuah pasukan mencari gol,” ujarnya.

Katanya lagi, para pemain akademi itu akan dihantar untuk ke pemilihan peringkat daerah, selain ke peringkat pemilihan kelab di daerah lain seluruh Malaysia termasuk di Johor Bahru.

Beliau menambah, para pemain selalu diingatkan untuk menunjukkan prestasi terbaik agar penaja berminat untuk menaja mereka sebagai pemain di peringkat yang lebih kompetitif.

“Namun, bagi pemain muda mengambil inspirasi daripada peringatan sedemikian, mereka perlu dilatih dengan ‘memberi’ sesuatu bermula di peringkat rumah keluarga mereka sendiri lagi.

“Seorang pelatih contohnya harus membuat aktiviti seperti membasuh kereta bagi meyakinkan ibu bapa untuk membelikan barang yang mereka inginkan sebagaimana meyakinkan penaja untuk menaja mereka dalam bola sepak.

“Dalam sukan bola sepak, bintang-bintang bola sepak pemain ternama berlatih dengan gigih dari segi fizikal, mental dan mempertajam skil melalui latihan sistematik tanpa jemu,” ujarnya.

Tambahnya, atas konsep komitmen dan pengorbanan itulah yang telah membuahkan hasil sehingga memenangi kejuaraan berprestij, sekali gus menerima penajaan bernilai jutaan dolar daripada penaja ternama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI