fbpx

Piala FA: Manchester City enggan pandang mudah aksi Bristol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain City giat menjalani latihan menjelang aksi menentang Bristol pada aksi pusingan kelima Piala FA awal pagi esok. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengakui bahawa pengalaman bukanlah satu jaminan yang mampu membantu pasukannya memburu gelaran musim ini dalam kejohanan yang bakal di­sertai.

Ketika ini, City masih belum sedia mengaku kalah dalam pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris apabila hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Arsenal untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu dan ketiga berturut-turut.

Selepas menyaksikan dua kemenangan ketika menentang Bournemouth dan Nottingham Forest sebelum ini, Guardiola masih percaya bahawa pasukannya tidak akan memberikan laluan dan bersedia untuk berjuang memburu kejuaraan.

Bagaimanapun, mereka perlu fokus untuk menghadapi pu­singan kelima saingan Piala FA terlebih dahulu apabila dija­dual menentang Bristol City dan Guardiola percaya pasukannya perlu lebih berwaspada dengan kemampuan pasukan dari Liga Kejuaraan itu.

“Saya agak berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan dalam dua perlawanan sebelum ini. Kami berdepan nasib yang kurang baik dalam beberapa perlawanan musim ini apabila bermain dengan baik, tetapi hanya sekadar seri.

“Selepas saya menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan kebelakangan ini, saya masih dapat rasakan bahawa kami mampu terus memberikan saingan bagi mendapatkan kejuaraan.

“Kami perlu lebih bijak menggunakan pendekatan, sekarang kami perlu fikirkan mengenai Bristol. Ia akan menjadi perlawanan yang sukar, staf kejuru­latihan sudah memaklumkan bahawa kami perlu memandang serius perlawanan ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI