fbpx

5,160 kanak-kanak Orang Asli dapat makanan tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Kamal (tiga dari kiri) hadir ke program Hari Aspresiasi dan Amanat Ketua Pengarah Bersama Kakitangan Kemas Daerah Gua Musang, di Dewan KPTM-Kesedar, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Sebanyak RM3.2 juta di bawah program makanan tambahan diperuntukan kepada 5,160 kanak-kanak di 295 buah Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di perkampungan Orang Asli di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kemas, Ahmad Kamal Idris Mohd. Nawawi berkata, jumlah tersebut digunakan untuk penyediaan bekalan makanan yang lebih bermutu dan berkhasiat kepada kanak-kanak Orang Asli berusia antara lima dan enam tahun.

Katanya, selain itu, sebanyak 298 orang guru bersama seorang Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela (PPMS) akan membantu menyediakan makanan kepada anak-anak.

“Kemas bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) supaya kanak-kanak Orang Asli tidak ketinggalan mendapat makanan sihat.

“Kita juga berterima kasih kepada pihak Jakoa yang menyediakan premis bagi memastikan kanak-kanak tidak tercicir di dalam arus pendidikan negara kita,” katanya pada program Hari Aspresiasi dan Amanat Ketua Pengarah Bersama Kakitangan Kemas Daerah Gua Musang di Taman Etnobotani di sini, hari ini.

Ahmad Kamal Idris berkata, secara keseluruhannya sebanyak RM140 juta telah diperuntukan kepada 208,000 kanak-kanak tabika dan 9,500 kanak-kanak taska di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI