AKTRES yang gemar berkongsi gambar zaman kecil dan remaja dalam Instagram, Sara Ali Khan, baru-baru ini membuat kejutan apabila memuat naik foto ‘throwback’ bersama bapanya, Saif Ali Khan.
Gambar rakaman beberapa tahun lalu tersebut menunjukkan pelakon itu bertubuh gempal dengan kapsyen tertulis menyatakan beratnya ketika itu mencecah 96 kilogram (kg).
Namun dia mengakui melakukan senaman serta menjaga pengambilan makanan untuk menurunkan berat badan demi kesihatan diri.
Dalam tempoh setahun keadaan fizikalnya mula menampakkan perubahan sehingga mampu mengekalkan tubuh langsing sehingga sekarang.
Perkongsian wanita berusia 27 tahun itu meraih pujian, sekali gus menyuntik inspirasi dan semangat kepada golongan yang berada pada tahap obesiti untuk menukar gaya hidup.