fbpx

MBJB guna aplikasi tempat letak kereta digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Miswan (tiga dari kiri) melihat aplikasi MBJB Spot V2 sempena Pelancaran MBJB Spot V2 di Menara MBJB, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menggunakan aplikasi pengurusan tempat letak kereta secara digital sepenuhnya menerusi MBJB Spot v2.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Noorazam Osman berkata, ia selaras dengan pelaksanaan bandar raya pintar di Johor Bahru menerusi transformasi digital di dalam perkhidmatan kepada warga bandar raya dan menormakan ‘cashless society’.

“Menerusi aplikasi MBJB Spot v2 ini, pengguna boleh membuat semakan dan bayaran kompaun bagi kesalahan letak kereta dan kesalahan lalu lintas.

“Mereka juga membuat permohonan dan pembayaran sewa petak sementara dan petak rezab secara atas talian bagi penjaja dan premis perniagaan,” katanya pada Mesyuarat Penuh MBJB di Menara MBJB, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI