fbpx

Mahkamah: Permohonan Najib semak keputusan kes SRC selewatnya akhir bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetahui selewat-lewatnya akhir bulan depan sama ada beliau dibenar menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan terdahulu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli menangguhkan keputusan permohonan Najib selepas mendengar penghujahan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya Ad Hoc, Datuk V. Sithambaram.

Hakim Abdul Rahman berkata, panel itu tidak berada dalam kedudukan untuk mengumumkan keputusan hari ini dan akan memaklumkan pihak-pihak berkenaan selewat-lewatnya pada 31 Mac ini.

Beliau turut bersidang bersama tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Nordin Hassan dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Prosiding berlangsung selama enam hari bermula 19 Januari lalu.

Terdahulu, Muhammad Shafee berhujah, Mahkamah Persekutuan diminta memperbetulkan kekhilafan panel terdahulu yang menyebabkan Najib menjadi mangsa salah laksana keadilan sehingga haknya dinafikan untuk mendapat pendengaran rayuan yang adil.

Hujah beliau, Najib tidak menyedari kesan akibat ketidakadilan tersebut apabila haknya dinafikan yang membawa kepada penghakiman yang tidak sempurna dicapai oleh panel terdahulu.

Beliau selanjutnya berhujah, panel terdahulu gagal mempertimbang situasi bahawa mahkamah tidak boleh menolak jika peguam berhasrat menarik diri daripada mewakili anak guam.

Pada prosiding sebelum ini, Muhammad Shafee membangkitkan isu bahawa rayuan di hadapan panel terdahulu dijalankan dalam keadaan Najib diwakili secara paksa sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri tidak mendapat pendengaran yang adil.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI