fbpx

Mahkamah: 4 hari bicara saman Tun M, Ahmad Zahid isu ‘kutty’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir (kiri), Ahmad Zahid (kanan).

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan empat hari bermula 11 September depan bagi perbicaraan kes saman Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung isu ‘kutty’.

Perkara itu dimaklumkan peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Dr. Mahathir selepas pengurusan kes itu melalui sidang video hari ini di hadapan Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff.

Menurut peguam itu, mahkamah telah menetapkan 11 hingga 14 September ini untuk perbicaraan selain menetapkan tarikh akhir bagi pengurusan kes pada 14 Julai.

“Pihak kami akan mengemukakan dua saksi iaitu Tun Dr. Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu,” kata peguam tersebut.

Dalam prosiding hari ini peguam Mohd .Shahril Madisa, mewakili Ahmad Zahid.

Pada 20 Julai tahun lepas, Dr. Mahathir, 97, memfailkan saman itu dengan menamakan Ahmad Zahid, 70, sebagai defendan tunggal.

Dr. Mahathir dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, Ahmad Zahid telah mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa mesyuarat UMNO Bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017 dan kenyataan itu diterbitkan semula di YouTube Astro Awani dan beberapa portal berita dalam talian, yang boleh diakses oleh pengguna Internet tanpa sebarang sekatan.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 17 Ogos tahun lalu, menafikan kenyataan yang dibuat pada 30 Julai 2017 adalah berniat jahat untuk memfitnah dan merendahkan reputasi plaintif di khalayak umum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI