fbpx

Kerajaan tumpu usaha tambah bekalan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFIZI RAMLI

PETALING JAYA – Kerajaan kini sedang menumpukan usaha dalam menambah bekalan makanan serta menurunkan harga barangan secara beransur-ansur bagi kelangsungan hidup masyarakat di negara ini.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, kaedah meningkatkan persaingan harga yang lebih rendah seperti Menu Rahmah RM5 dan juadah sarapan serta makan tengah hari serendah RM2 melalui mesin ‘vending’ di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) antara pendekatan dilakukan kerajaan dalam menstabilkan harga barangan.

“Kita juga membuka tanah-tanah kerajaan yang tidak dipakai untuk diusahakan oleh usahawan tani daripada golongan miskin dan B40 untuk menambah bekalan makanan mentah seperti cili, sayur dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian di laman Facebooknya, ketika menjawab persoalan yang diutarakan pengguna media sosial yang mendakwa usaha dilakukan kerajaan ketika ini seolah-olah sedang membunuh peniaga.

Katanya, secara beransur-ansur diharapkan ia dapat mengimbangi permintaan dan bekalan makanan setempat di samping membantu golongan susah.

“Langkah ini lebih mampan berbanding mencari jalan singkat yang membelanjakan wang rakyat dengan terus berhutang seperti yang dibuat pentadbiran sebelum ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI