fbpx

Kareena Kapoor tak dambakan Hollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAREENA KAPOOR

DIPILIH sebagai pelakon suara latar untuk watak popular Marvel, Black Widow bagi siri versi India Wastelanders memberikan pengalaman baharu buat aktres Kareena Kapoor.

Biarpun teruja dengan sambutan ramai, isteri kepada Saif Ali Khan itu mengakui tidak pernah menyimpan angan untuk melangkahkan kaki ke Hollywood seperti beberapa bintang Bollywood lain.

Katanya, dia gembira jika dapat berkongsi layar dengan pelakon seperti Ryan Gosling, namun lebih selesa beraksi dalam penerbitan lokal.

Bagi pelakon berusia 42 tahun itu, segala-gala yang penting ada di tanah air sendiri termasuk jati diri serta keluarga yang membuatkannya selesa.

Malah akui Kareena, mungkin impiannya tidak sama dengan rakan seperjuangan lain, namun baginya semua insan mempunyai pandangan tersendiri.

Menurutnya lagi, dia memang tidak pernah terfikir untuk meninggalkan India bagi menembusi peluang di luar negara khususnya Hollywood.

Apabila Marvel ‘turun’ ke persada seni di negaranya, secara tidak langsung dia sanggup terima tawaran terbabit dalam projek tersebut kerana tidak memerlukannya ‘terbang’ jauh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI