fbpx

FAM tunggu keputusan Jawatankuasa Penilai Prestasi Pengadil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada aksi Liga Super antara KL City menentang Penang FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu lepas. - AMIR KHALID

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menanti keputusan daripada Jawatankuasa Penilai Prestasi Pengadil sebelum menentukan sebarang tindakan berhubung rungutan pengendali Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, pihaknya sudah menerima laporan yang dihantar oleh KL City.

“FAM sentiasa terbuka, kalau rasa tidak puas hati dengan prestasi pengadil, hantar surat kepada kita kerana kita ada saluran.

“Contohnya, KL City sudah hantar (laporan), kita minta Jawatankuasa Penilai Prestasi Pengadil membuat penilaian,” katanya selepas Majlis Pengumuman Penajaan dan Pelancaran Jersi skuad Projek FAM-MSN di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Sebelum ini, Hodak jelas tidak dapat menyembunyikan rasa kurang senangnya terhadap pengadil bertugas, Tuan Mohd. Yaasin Tuan Mohd. Hanafiah ketika KL City seri 2-2 dengan Penang FC pada perlawanan pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Noor Azman menjelaskan setakat ini hanya KL City yang bertindak menghantar surat kepada badan induk itu.

“Setakat ini tidak ada laporan lain kecuali daripada KL City. Insya-Allah esok atau lusa kita akan dapat tahu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI