fbpx

EPL: Potter mula hitung nasib di Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA berdepan masalah prestasi yang semakin meruncing apabila gagal mencatat kemenangan dalam lapan aksi terakhir. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Graham Potter seakan mula pasrah memikirkan masa depannya selepas sekali lagi mengalami kekalahan apabila tunduk 0-2 kepada Tottenham Hotspur kelmarin.

Keputusan itu nyata mening­katkan lagi tekanan buatnya, namun Potter enggan bersikap menuding jari kepada mana-mana pihak dan merasakan dirinya tidak lagi boleh bergantung kepada nasib.

“Akan selalu ada soalan tentang perkara ini (masa depannya). Kamu juga tidak boleh berhenti untuk menanyakannya selepas keputusan yang kami raih dalam perlawanan ini.

“Kami perlu terima dan saya belum lakukan secukupnya untuk dapat lebih banyak kepercayaan. Saya terima semua ini, namun tugas saya bukan untuk terlalu risau dengan masa depan saya.

“Saya faham, tetapi saya perlu kekal berikan fokus terhadap pasukan dan bantu pemain. Mereka adalah pemain yang baik dan sentiasa mahukan kemena­ngan, namun semua yang berlaku ketika ini adalah di bawah tanggungjawab saya,” katanya.

Kekalahan kali ini menyaksikan The Blues gagal raih sebarang kemenangan dalam lapan aksi terakhir Liga Perdana Inggeris dan sekadar meraih empat seri dan menanggung empat kekalahan untuk aksi di tempat lawan.

Ini adalah rekod kedua terburuk selepas kemarau kemena­ngan dalam 16 perlawanan yang dicatatkan ketika April 2000 hingga Mac 2001.

“Saya perlu fokus kepada apa yang saya boleh kawal iaitu apa yang akan dilakukan pada keesokan dan juga sesi latihan sete­rusnya. Penyokong juga perlu bersikap adil dan teruskan beri sokongan kepada pasukan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI