KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan Kementerian Pendidikan memendekkan tempoh kursus diploma di Kolej Vokasional (KV).
Menurut beliau, tempoh masa pembelajaran antara setahun ke dua tahun terlalu lama untuk mendapatkan diploma di KV kerana vokasional bersifat teknikal dan perubahan perlu ikut mengikut arus masa.
“KV ini coraknya pembelajaran teknikal, “factory teaching”, tetapi masih ada subjek wajib seperti kokurikulum, berunsurkan kenegaraan walhal tidak ada kena mengena dengan kursus.
“Kalau boleh mudahkan “credit transfer”. Selepas masuk universiti, ramai mahasiswa mengeluh subjek sama semasa di KV tidak dibenarkan “credit transfer”. Perlu ulang masa pembelajaran jadi lebih panjang,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mengulas perkara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata, pihaknya mengambil maklum cadangan tersebut dan akan diteliti. – KOSMO! ONLINE