fbpx

Dewan Rakyat: Persidangan ditambah dua hari pada 3 dan 4 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang dijadualkan tamat pada 30 Mac depan ditambah dua hari iaitu pada 3 dan 4 April 2023.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul memaklumkan, pertambahan dua hari itu bagi membolehkan beberapa rang undang-undang (RUU) dan urusan kerajaan dibentangkan dan diputuskan di Dewan Rakyat.

Jelas beliau, perkara itu ditetapkan Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Mesyuarat selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI