fbpx

Dewan Rakyat: Guru boleh diarah bertugas semasa cuti sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat dimaklumkan guru-guru boleh diarahkan bertugas semasa cuti persekolahan berdasarkan satu siaran Kementerian Pendidikan (KPM) bilangan tahun 2017.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, guru-guru boleh diarahkan bertugas semasa cuti sekolah tidak lebih separuh dari bilangan cuti penggal sekolah dalam tahun persekolahan.

“Memang ada. Ada satu surat siaran KPM yang bilangan dalam tahun 2017. Memang boleh dipanggil untuk bertugas. Peringatan pelaksanaan tugas guru dalam cuti penggal sekolah.

“Ini adalah tugasan luar bukan bersifat rutin yang bukan dilakukan setiap hari, tetapi ini adalah sebahagian daripada tugas guru juga,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) sama ada guru boleh dipanggil bertugas ketika musim cuti sekolah.

Menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap), Hui Ying berkata, tiada elaun khusus diberi kepada guru yang melaksanakan tugasan luar dari bilik darjah termasuk guru yang hadir ke mesyuarat pengurusan sekolah pada hari minggu.

“Setakat ini merujuk kepada senarai elaun di bawah KPM tiada elaun khusus tersebut. Jika diarah tugasan di luar sekolah layak diberi tuntutan perjalanan. Ini setakat sekarang, tetapi kita ambil maklum isu yang dibangkitkan ini dan fikirkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI