fbpx

Cabut lari tinggal 500 kg daun ketum lepas kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daun ketum yang ditemui di dalam sebuah kereta jenis Nissan Almera yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Chedok, Bukit Bunga dekat Tanah Merah semalam. FOTO IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki pengedar 500 kilogram (kg) daun ketum yang melarikan diri selepas keretanya terlibat dalam kemalangan di Kampung Chedok, Bukit Bunga di Tanah Merah dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.10 pagi itu, suspek yang berusia 20 tahun memandu kereta jenis Nissan Almera melarikan diri ke dalam hutan belukar selepas merempuh sebuah kereta Perodua Viva.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian itu menyebabkan kereta Perodua Viva yang sedang dalam perjalanan dari arah Tanah Merah ke Jeli terbabas ke dalam parit.

Muhamad Zaki (kiri) menyampaikan sijil penghargaan pada Perhimpunan Bulanan IPK Kelantan di Kota Bharu hari ini. – Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN / KOSMO!

Menurutnya, suspek kemudiannya terus melarikan diri meninggalkan kereta yang dipandunya di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan di dalam kereta tersebut telah menemui sebanyak 500 kg daun ketum yang diangggarkan bernilai RM5,000.

“Menerusi nombor pendaftaran kereta terbabit, polis dapat mengesan rumah suspek di Merbok, Jedok di Tanah Merah. Siasatan mendapati, kereta terbabit telah dijual kepada adiknya sebelum dia bertolak ke Johor,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di IPK Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, penama asal kereta itu bagaimanapun tidak mengetahui kereta berkenaan sudah dijual kepada orang lain iaitu suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI