fbpx

Banyak kes cerai punca ramai takut kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

MASIH lagi dalam episod keruntuhan rumah tangga dan bercerai-berai melibatkan beberapa kes yang berlaku di sekeliling kita sejak beberapa bulan lalu.

Kali ini bukan tentang artis, tetapi secara umum tentang perasaan takut yang diluahkan segelintir golongan terutama wanita apabila mereka takut berkahwin selepas melihat berlakunya banyak keruntuhan rumah tangga.

Bukan hanya takut pasangan dirampas penyondol, ada beberapa lagi perkara yang menjadi ketakutan buat kaum wanita, sudah pasti yang utamanya adalah bimbang jika tersilap pilih suami sekiranya dapat lelaki berperangai jahat.

Dalam sebuah video tular memaparkan tindakan seorang lelaki yang mendukung isterinya sebelum melempar wanita itu ke dalam laut ketika berada di atas sebuah kapal cukup menjadi bukti bahawa dunia perkahwinan boleh menjadi gila segila-segilanya.

Kejadian yang berlaku di Indonesia itu mengundang rasa kecewa, takut, geram dan sedih tentang bagaimana seorang lelaki yang seharusnya menyayangi dan melindungi sanggup bertindak sedemikian rupa.

“Saya semakin takut untuk berkahwin selepas melihat video ini,” luah seorang netizen.

Bersandarkan hanya sebuah video tersebut, kebarangkalian perasaan enggan berkahwin yang sudah lama tumbuh dalam diri seseorang wanita pada zaman sekarang semakin menebal.

Media sosial yang menjadi ‘ejen’ pembongkaran kisah realiti adakalanya turut memberi kesan kepada diri pengguna sehingga boleh mencetuskan rasa kurang senang atau kegelisahan.

Tiada sesiapa perlu dipersalahkan jika seseorang itu dihantui perasaan takut berkahwin, sebaliknya jadikanlah peristiwa sebegitu sebagai satu pengajaran.

Tak salah jika ada rasa takut untuk berkahwin, tetapi janganlah dipukul sama rata bahawa dunia perkahwinan itu hanya tentang kekejaman semata-mata berdasarkan banyak kes yang berlaku ketika ini.

Tolak ke tepi semua perkara negatif, banyakkan membaca dan melihat kisah perkahwinan orang-orang lama yang mampu bertahan berpuluh tahun lamanya dan hanya berpisah kerana maut.

Ada ramai di luar sana yang hidup mereka diulit bahagia, jadikan mereka sebagai contoh agar keinginan itu kembali tumbuh dalam hati.

Pada masa sama, sebelum melangkah ke alam perkahwinan, perlu ada sesi perbincangan mendalam tentang peribadi masing-masing dengan pasangan termasuklah melibatkan hal-lain seperti pengurusan kewangan, kesihatan mental dan keluarga misalnya.

Jangan jadi macam kes tular baru-baru ini, seorang isteri tentera yang mengetahui suaminya tiada baki gaji kerana terlalu banyak berhutang hanya selepas setahun berkahwin.

Lain orang, lain kisah hidup masing-masing. Ada yang kurang bernasib baik dapat pasangan jahat, tapi masih ramai yang beruntung kerana hidup bahagia tanpa ada hal-hal menyesakkan dada.

Paling utama, mintalah kepada Dia pasangan yang baik-baik. Diri sendiri juga perlu jadi baik sebelum mahukan yang terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI