fbpx

107 premis tiada FC di Perak, 12 babitkan bangunan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi (dua dari kanan) menyaksikan penukaran tugasan di Majlis Serah Terima Tugas Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri Perak di Dewan Premier, Ibu Pejabat JBPM Perak, Meru, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Sebanyak 107 premis berstatus premis ditetapkan di seluruh negeri ini termasuk 12 bangunan kerajaan dikenal pasti beroperasi tanpa Sijil Perakuan Bomba (FC).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, perkara itu dikesan hasil pemantauan yang dijalankan di seluruh negeri sejak tahun lalu.

“Jumlah premis yang kita tetapkan untuk memiliki sijil tersebut di negeri Perak ini, sebanyak 317 buah tetapi yang memiliki FC hanya 210 buah sahaja.

“Ini bermakna, baki yang lain (107 buah), mungkin sijil berkenaan telah tamat tempoh atau pemilik belum lagi memperbaharui sijil tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Perak di Bandar Meru Raya di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebanyak 15 premis yang dikenal pasti beroperasi tanpa FC akan diambil tindakan di mana pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada pihak pendakwaan.

Katanya, ini termasuk tiga pemilik premis membabitkan bangunan kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI