fbpx

1 juta graduan menganggur, padanan akademik tak sesuai – Gabem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahim meminta agar sistem pendidikan negara diperbaharui pada sidang akhbar di Ayer Keroh, semalam. - Foto oleh AMRAN MULUP / KOSMO!

MELAKA – Sistem pendidikan negara yang berteraskan 70 peratus bidang akademik semata-mata perlu dikaji semula dengan menerapkan elemen pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) serta keusahawanan.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, sistem pendidikan yang diamalkan sejak sekian lama masih disifatkan lemah hingga menyebabkan kadar pengangguran belia terus meningkat.

Menurutnya, pembaharuan tersebut perlu dilaksanakan segera kerana dua elemen itu lebih menjamin masa depan pelajar agar mudah mendapat pekerjaan selepas tamat persekolahan dan universiti.

“Satu langkah pelaksanaan TVET dan keusahawanan dalam sistem pendidikan negara perlu dilakukan secara bersepadu demi menyelamatkan masa depan belia, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga asing.

“Saya lihat sistem pendidikan negara yang 70 peratus berorientasikan bidang akademik semata-mata menyebabkan ramai pelajar yang keluar dari universiti, sukar untuk mendapat pekerjaan tetap dan ini menyebabkan ramai menjadi ‘mat rempit’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelepasan Burung Lovebird di Taman Buaya dan Rekreasi Melaka (TBRM), Ayer Keroh di sini. semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI