fbpx

Wanita potong kemaluan kekasih tolak sanggama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASE ditahan selepas cuba memotong kemaluan kekasihnya sehingga hampir putus. - Detik

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia ditahan kerana memotong kemaluan teman lelakinya ketika mereka menginap di sebuah hotel di Kota Sibolga, Sumatera Utara, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia. 

Tindakan wanita berinisial ASE itu dilakukan kerana lelaki itu menolak permintaannya untuk melakukan hubungan intim.

Ketua Polis Daerah Sibolga, Taryono Raharja mengesahkan kejadian itu dan berkata, ASE telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Sibolga untuk disoal siasat.

Sementara itu, mangsa dilaporkan masih dirawat di sebuah hospital di Sibolga. 

“Mangsa bermastautin di Mandailing Natal, manakala wanita itu tinggal di Padangsidimpian. Mereka menjalinkan hubungan selama 7 bulan,” ujar Taryono.

Menurut Taryono, kejadian itu berlaku pada malam Sabtu lalu ketika ASE dan teman lelakinya, OG berusia 28 tahun menginap di hotel tersebut.

ASE didakwa ingin melakukan hubungan intim dengan OG tetapi ditolak. Mereka kemudian bergaduh selepas OG mengugut untuk menyebarkan video hubungan intim mereka.

OG kemudian mandi selepas mereka bergaduh dan pada ketika itu, ASE mengambil pisau dan cuba memotong kemaluan mangsa sehingga hampir putus. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI