fbpx

Sakit perut petanda gadis hidap kanser tahap empat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARUNAM melihat keadaan anaknya, Nur Ayu yang terlantar akibat kanser di rumahnya di Alor Setar.

PETALING JAYA – Hancur hati sepasang suami isteri dari Alor Setar, Kedah apabila anak yang menjadi harapan keluarga kini terbaring lemah akibat menderita penyakit kanser buah pinggang tahap empat.

Nur Ayu Mas Aiza, 18, yang merupakan anak kelima daripada enam adik-beradik itu disahkan menghidap barah pada bulan lalu.

Ibunya, Sarunam Adnan, 55, berkata, pada Januari lalu, anaknya mengalami sakit perut yang teruk yang pada mulanya disangka senggugut berikutan datang bulan atau haid.

“Pada mulanya, anak saya pergi pergi klinik kesihatan berdekatan beberapa kali, namun doktor beritahu semuanya dalam keadaan baik.

“Walau bagaimanapun apabila pemeriksaan ultra dibuat, doktor mengesahkan Nur Ayu menghidap kanser buah pinggang dan sudah berada pada tahap empat. Allah sahaja yang tahu perasaan ini apabila doktor memaklumkan tiada rawatan boleh diberikan kepada anak saya,” katanya kepada Kosmo! Di sini baru-baru ini.

Menyifatkan Nur Ayu seorang anak yang ceria, rajin dan kuat semangat, Sarunam yang merupakan suri rumah memberitahu, pada mulanya dia sekeluarga sukar menerima perkhabaran sedih itu, namun reda dengan ketentuanNya.

Disebabkan sekarang remaja itu hanya mampu menelan sesuap dua makanan disebabkan organ dalamannya sudah bengkak dan mengeras.

“Hendak bercakap pun tidak cukup nafas apatah lagi bergerak. Sel kanser merebak pantas dan Nur Ayu hanya mampu bertahan dengan ubat tahan sakit. Di depan orang, dia tidak tunjuk sakit, namun apabila bersendirian, dia lepaskan semuanya dengan menangis,” ujarnya.

Wanita itu mahu memenuhi permintaan anaknya membelikan televisyen, namun mereka sekeluarga tidak mampu berikutan suaminya, Abdul Aziz Jaafar, 52, bekerja sebagai juruelektrik dengan pendpaatan tidak menentu.

“Dia ada minta telefon sebab yang lama sudah rosak, saya faham mungkin dia bosan kerana terlantar,” katanya. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank milik kakak Nur Ayu bernombor 557438545572 (Nur Ayu Shadira Abdul Aziz).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI