fbpx

RM1 juta lesap selepas jawab panggilan telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Michael (kiri) bersama-sama Lee (kanan) pada sidang media di ibu pejabat DAP Sarawak hari ini.

KUCHING – Wang seorang ahli perniagaan berjumlah RM1 juta di dalam banknya lesap selepas menjawab panggilan telefon dipercayai daripada sindiket penipuan semalam.

Kejadian itu berlaku selepas mangsa dikenali sebagai Lee menerima panggilan daripada seorang individu yang mendakwa dari syarkat kurier dan memberitahu ada bungkusan untuknya dan meminta memberikan nombor OTP.

Namun, lelaki itu berasa sesuatu yang tidak kena lalu memutuskan panggilan.

Ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Michael Kong Feng Nian berkata, selepas itu, mangsa menyemak akaun bank dan mendapati wang RM1 juta telah dikeluarkan tanpa kebenarannya.

“Menurut rekod bank, wang tersebut telah dipindahkan kepada sebuah syarikat telekomunikasi (telco).

“Dia segera menghubungi bank untuk membuat aduan dan membuat laporan polis,” katanya pada sidang akhbar bersama Lee di Ibu Pejabat DAP Sarawak di sini, hari ini.

Pada masa sama, Feng Nian berkata, beliau akan membantu Lee untuk berhubung dengan pihak telco bagi mengesan wang tersebut dan mengembali semula kepada Lee.

“Ini bukan kes pemegang akaun bank memuat turun perisian hasad (malicious software-malware).

“Dia hanya menjawab panggilan telefon, tetapi wang RM1 juta di dalam akaun banknya dicuri,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI