fbpx

Pemuda didakwa lakukan amang seksual ke atas anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (tengah) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas menghadapi pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak saudara perempuannya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya tiga tahun lalu.

Tertuduh berusia 21 tahun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas anak saudaranya yang ketika kejadian berumur 10 tahun.

Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh terhadap mangsa di sebuah rumah di daerah ini antara bulan Januari sehingga Mac 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 27 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI