fbpx

Meerqeen tangguh ke Indonesia demi Melur Untuk Firdaus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEERQEEN

SHAH ALAM – Demi dedikasinya terhadap drama Melur Untuk Firdaus musim kedua, pelakon Meerqeen sanggup menolak beberapa tawaran filem di Indonesia.

Bukan hendak menolak peluang, Meerqeen, 22, menjelaskan tindakannya itu kerana rasa cintanya terhadap watak Firdaus dalam drama arahan Zamri Zakaria tersebut.

“Kedengaran agak gila tolak dan tangguh beberapa tawaran di Indonesia tetapi fokus ketika ini ialah Melur Untuk Firdaus 2.

“Bagi saya, tiada sesiapa yang boleh ganti pelakon untuk watak Firdaus selain saya,” katanya kepada Kosmo! Online pada Anugerah Gempak Most Wanted di sini semalam.

Tambah bekas finalis Hero Remaja 2020 itu, selain rasa cinta terhadap watak, jadual yang bertindih dengan tawaran lain juga adalah salah satu faktor terpaksa menangguh impian untuk bergelar bintang filem di Indonesia.

Katanya, terdapat juga produksi menangguh projek filem  bagi menanti waktu yang sesuai untuk dia terbang ke negara jiran.

“Ya, jadual bertindih tetapi sekiranya masih diberikan peluang, rezeki dan masa, Insya-Allah saya akan tetap melebarkan sayap di sana.

“Konsep di Indonesia, jika mereka hendak pelakon itu, mereka pasti tetap akan mendapatkannya dan sanggup menunggu. 

“Apa pun, keutamaan saya tetap di Malaysia dan membolosi industri hiburan di sana pastinya bukan impian saya sahaja tetapi semua pelakon tanah air lain,” ujarnya.

Sebelum ini, pemilik nama penuh Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam itu pernah membintangi drama terbitan Indonesia berjudul Modus Operandi yang turut dibintangi Krito Immanuel, Yusuf, Mahardika, Diandra Agatha dan Maudy Effrosina.

Sekadar info, dia turut meraih Anugerah Video Trending Tergempak menerusi video #swipechallenge dan Drama Popular Tergempak bagi Melur Untuk Firdaus pada Anugerah Gempak Most Wanted yang berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI