fbpx

Manchester United julang Piala Carabao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Manchester United menamatkan penantian enam tahun mereka sejurus menjuarai Piala Carabao selepas membenam Newcastle United 2-0 di Stadium Wembley hari ini.

Lebih manis, Erik ten Hag kini menjadi pengurus Belanda pertama menjulang Piala Carabao bersama Manchester United sekali gus dilihat mampu menjulang lebih banyak trofi kemenangan ke Old Trafford.

Kemenangan itu sekali gus membuatkan Newcastle terus gigit jari apabila impian mereka menamatkan kemarau trofi kemenangan tidak kesampain.

Kali terakhir skuad The Magpies menjulang trofi ketika mereka muncul juara sewaktu Piala FA 1955.

Manchester United meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan Newcastle

Pada saingan tersebut, Casemiro meletakkan United di hadapan pada minit ke-33 berpunca daripada sepakan percuma Luke Shaw, sebelum Casemiro menanduk masuk menewaskan Loris Karius.

Berselang enam minit, tendangan Marcus Rashford meletakkan United di hadapan sekali gus memberi tekanan kepada Newcastle yang dilihat terdesak mencari gol penyamaan.

Pada babak kedua, Newcastle cuba mencipta kebangkitan, namun masih gagal memecah kebuntuan dan membiarkan United kekal selesa mendahului sehingga tamat perlawanan.

United kini berpeluang merangkul satu lagi trofi selepas melangkah pusingan 16 terbaik Liga Europa sejurus menundukkan kelab gergasi La Liga, Barcelona dengan agregat 4-3 baru-baru ini. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI