fbpx

Malaysia mohon pertimbangan khas untuk kuota haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NA’IM (kanan) ketika menyambut ketibaan Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah di Kompleks Islam Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar membayangkan sedia memohon kuota tambahan bagi jemaah haji dari Malaysia.

Meskipun tidak dinyatakan secara lebih spesifik, isu kuota berkenaan ujar beliau, akan cuba dimohon daripada pihak kerajaan Arab Saudi menerusi kaedah budi bicara istimewa.

“Demi membolehkan lebih ramai umat Islam di Malaysia menunaikan fardu haji, kita juga cuba memohon pertimbangan khas terus daripada kerajaan Arab Saudi sendiri,” jelasnya selepas mengadakan sesi pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah di Kompleks Islam Putrajaya di sini, hari ini.

Kuota rasmi jemaah haji Malaysia ditetapkan sejak 2020 lalu sebanyak 31,600 orang sahaja berdasarkan ketetapan hanya 0.1 peratus daripada jumlah populasi sebenar negara ini.

Keadaan itu mengakibatkan individu yang mendaftar untuk mengerjakan haji pada hari ini akan diberi tempoh giliran tunggu amat lama sehingga mencecah 130 tahun akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI