fbpx

Mahkamah: Komen jelik Agong, tukang kebun didenda RM6,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Padah mengeluarkan kenyataan berbaur jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, seorang pekebun didenda RM6,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Muhammad Hanis Nordin, 34,
mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan.

Sekiranya, Muhammad Hanis gagal membayar jumlah denda itu, tertuduh boleh dipenjara selama enam bulan dan tertuduh jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Hanis menggunakan laman profil Facebook ‘As Bul’ secara sedar membuat dan memulakan komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan itu dilakukan pukul 3.23 petang pada 10 Disember tahun lalu, yang kemudian dilihat di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, pukul 8.18 malam, pada 13 Disember tahun sama.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Sesyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Muhammad Hanis yang tidak diwakili peguam, memohon denda minumum atas alasan perlu menanggung keluarga yang tinggal bersamanya hasil pendapatan di kebun sawit.

“Saya tiada niat menyinggung perasaan mana-mana pihak menerusi kenyataan berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nur Azmal, memohon hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh selain mengingatkan masyarakat supaya lebih berhati-hati ketika membuat hantaran di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI