fbpx

Luahan Pembaca: Siasat individu mewah luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Seperti diketahui umum, Malaysia sekali lagi mencatatkan penurunan skor dalam Indeks Persepsi Rasuah untuk 2022 (CPI 2022). Transparency International (TI) melaporkan Malaysia mendapat skor CPI 47 pada tahun lalu, turun enam mata sejak tiga tahun lepas.

Oleh itu, perhatian serius harus diberikan terhadap isu rasuah. Rakyat juga sudah muak mendengar isu ini.

Jika kita ingin mewujudkan negara yang bebas rasuah, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dengan melakukan pemantauan dan berani melaporkan kegiatan salah laku kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Orang ramai perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling serta rajin bertanya jika terdapat perkara yang mencurigakan. Antaranya kekayaan luar biasa atau gaya hidup mewah dan keterlaluan yang dipamerkan suspek rasuah dan salah guna kuasa.

Gaya hidup mewah luar biasa atau keterlaluan tanpa ada sebab yang munasabah punca kekayaan selalunya akan mengundang rasa curiga bagi orang yang berfikiran waras.

Malangnya, perasaan syak wasangka itu hanya menjadi buah mulut serta bahan gosip tanpa sebarang tindakan lanjut.

Jika ada bukti mencukupi, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang disyaki.

Perlu diketahui, kebanyakan kes rasuah serta salah guna kuasa yang melibatkan wang akan memberi kesan terhadap gaya hidup diri pelaku serta ahli keluarga mereka.

Sudah menjadi fitrah manusia untuk berbelanja serta menikmati gaya hidup yang lebih selesa setelah memiliki sejumlah wang. Kebanyakan pelaku rasuah akan mudah tergoda untuk berbelanja wang yang mereka peroleh serta gemar menayang kepada orang sekeliling.

Jika diteliti melalui pendedahan kes rasuah di negara ini khususnya penjawat awam, suspek memiliki barangan mewah luar biasa walaupun mempunyai pendapatan yang boleh dikira agak lumayan, namun dengan keadaan kos sara hidup tinggi, ia hanya cukup menampung kehidupan yang sederhana, bukannya hidup mewah seperti jutawan.

Oleh itu, adalah lebih baik jika orang ramai bertindak lebih berani bertanya mengenai sumber pendapatan yang dimiliki individu tertentu dan jika jawapan tidak meyakinkan boleh dibuat terus kepada polis dan SPRM untuk proses siasatan lanjut dilakukan.

Dr. Muzaffar Syah Mallow
Universiti Sains Islam Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI