SELEPAS mengumumkan sedang hamil anak kedua sekitar awal Februari lalu, penyanyi terkenal Rihanna merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya, A$AP Rocky sebelum menyambut kelahiran bayi itu nanti.
Menurut sumber terdekat, penyanyi kelahiran Barbados itu sudah pun membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya dan tidak sabar untuk menukar statusnya menjadi seorang isteri.
Ketika majlis perkahwinannya nanti, Rihanna menjemput keluarga dan saudaranya bagi meraikan hari bahagianya yang akan diadakan di kampung halamannya di Barbados.
Bukan itu sahaja, sumber turut mendedahkan majlis perkahwinan Rihanna akan dihadiri ramai rakan selebriti antaranya Beyonce dan suaminya, Jay-Z serta Adele.
Namun, sehingga kini Rihanna, 35, belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang hal tersebut.