fbpx

F1: Max Verstappen yakin pertahan kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN mengakui bersedia untuk memburu gelaran dunia ketiga ekoran prestasi jenteranya yang cemerlang ketika ujian pramusim. – AFP

SAKHIR – Pelumba pasukan Red Bull Racing Honda, Max Verstappen melaungkan keyakinan terhadap peluangnya mempertahankan kejuaraan dunia Formula Satu (F1) dimenangi dua tahun berturut-turut menjelang edisi kali ini.

Verstappen, 26, percaya mampu merangkul gelaran ketiganya selepas menunjukkan prestasi positif sepanjang tiga hari ujian masa pramusim di Litar Antarabangsa Sakhir, Bahrain yang ber­akhir kelmarin.

Ia sekali gus memberi gambaran jelas pelumba Belanda itu turun sebagai pilihan utama untuk menjuarai perlumbaan pembuka tirai saingan F1 musim ini yang akan berlangsung di trek sama pada Grand Prix (GP) Bahrain minggu depan.

“Segalanya berjalan seperti dirancang dan potensi jentera juga sangat bagus. Secara keseluruhan saya menikmati peman­duan sepanjang tiga hari ini walaupun mencuba beberapa perkara baharu.

“Banyak yang kami pelajari sebagai satu pasukan di sini. Saya berharap kami dapat memulakan perlumbaan musim depan de­ngan langkah yang begitu positif.

“Matlamat utama saya tahun ini cuma satu iaitu memenangi perlumbaan sebanyak yang boleh untuk menjuarai gelaran keseluruhan,” kata Verstappen.

Nada berbeza disuarakan pencabar terdekatnya, Charles Leclerc dari Ferrari apabila me­rasakan pasukannya masih perlu meningkatkan beberapa aspek dalam tempoh masa yang ada sebelum GP Bahrain bermula.

“Red Bull kelihatan begitu sempurna dalam tiga hari sesi ujian di sini. Saya pula merasakan kami masih ada ‘kerja rumah’ yang perlu diselesaikan segera,” jelas Leclerc.

Sebagai rekod, Leclerc terpaksa akur dengan kehebatan Verstappen yang begitu dominan apabila menamatkan musim lalu di tempat kedua menerusi 308 mata daripada 22 perlumbaan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI