fbpx

EPL: Manchester City kembali idam gelaran EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND meledak gol ke-27 dalam saingan EPL sekali gus menjadi pemain City pertama meledak gol terbanyak dalam satu musim. – AFP

DORSET – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya bahawa para pemainnya telah menunjukkan kesungguhan untuk berjuang memburu gelaran Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan 4-1 ke atas Bournemouth awal pagi semalam.

City tampil dengan aksi lebih memukau selepas mencatat dua keputusan seri sebelum ini apabila meledak tiga gol pada separuh masa pertama dan hanya memerlukan 50 minit untuk meraih keempat-empat gol berkenaan.

Penggempur utama­nya, Erling Haaland meledak gol ke-27 di Liga Perdana Inggeris sekali gus menjadi pemain City pertama mengumpul jumlah gol terbanyak dalam sejarah kelab itu, selain Phil Foden juga membuat penampilan ke-200 bersama kelab itu.

Guardiola mengakui bahawa kemenangan tersebut adalah ‘hadiah’ kepada aksi terbaik dipamerkan pasukan itu dalam dua perlawanan sebelum ini yang berkesudahan dengan keputusan seri sekali gus menghidupkan peluang mereka mengintai kejuaraan.

“Ia adalah kemenangan yang penting, tetapi kami perlu terus bekerja supaya keputusan seri yang dicatat sebelum ini tidak lagi berlaku. Saya gembira melihat para pemain berusaha pada sesi latihan, mereka membantu satu sama lain untuk menjadikan pasukan ini lebih kuat.

“Kami berdepan kesukaran kerana bermain banyak perlawanan bulan lalu, tidak sempat untuk proses pemulihan, setiap tiga hari ada perlawanan, terpaksa menempuh perjalanan, tekanan dan menuntut kekuatan fizikal.

“Hari ini, kami tiba di sini de­ngan sikap dan cara kami. Saya fikir kami masih mempunyai keinginan untuk mencuba. Kami akan cuba mendapatkan gelaran EPL, tidak ada keraguan mengenainya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI