fbpx

Empat premis perniagaan kotor diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kekotoran yang dikesan dilakukan pemilik peniaga sekitar Klang.

KLANG – Pengabaian kebersihan masih dikesan di kalangan para peniaga sekitar daerah ini dengan empat premis diarah tutup serta-merta.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkata, berdasarkan operasi kebersihan premis makanan dilaksanakan pihaknya kelmarin mendapati terdapat tujuh kesalahan dikesan termasuk kekotoran di bahagian dapur, peti sejuk dan tandas selain membuang sisa makanan ke dalam longkang.

Katanya, MPK turut mengesan ada premis yang berniaga tanpa lesen sah selain tiada suntikan anti demam kepialu dan ketiadaan perangkap minyak.

“Sebanyak 20 premis diperiksa di sekitar Bukit Tinggi dan Klang Utara dengan empat daripadanya diarahkan tutup selama 14 hari kerana kesalahan di bawah Undang-undang Kecil 62 (1) b Establismen Makanan MPK 2007.

“Malah, 15 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan pengabaian kebersihan di kalangan para peniaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MPK menjelaskan pihaknya tidak akan berkompromi dalam hal berkaitan kebersihan kerana ia melibatkan nyawa orang ramai dan pengusaha premis perlu peka dengan kebersihan kedai mereka. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI