fbpx

Dia nak berbadan 2 atau 3, saya tak peduli – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH

KUALA LUMPUR – Pelakon Puteri Sarah enggan menyerabutkan kepada memikirkan tentang khabar angin bahawa madunya, Ira Kazar kini hamil anak pertama. 

Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia sendiri tidak tahu tentang kesahihan perkara tersebut dan tidak berada pada posisi untuk memberi komen terperinci. 

“Entahlah. Saya pun tak tahu sekejap berbadan dua dan sekejap tidak. Saya tak kisah. 

“Saya tak kisah dia nak berbadan tiga ke, empat ke, saya betul-betul tak ambil kisah,” katanya kepada Kosmo! Online. 

Bagaimanapun, Sarah tidak menafikan bahawa khabar angin Ira sedang hamil sampai ke pengetahuan bahkan sebelum dirinya dan anak-anak mengerjakan umrah baru-baru ini. 

PUTERI SARAH berkata, dia sudah ‘move on’ dan enggan menyerabutkan kepala dengan perkara yang sudah lepas. – AMIR KHALID.

“Masa saya nak pergi umrah (baru-baru ini), saya dapat tahu tentang ‘benda’ tersebut. 

“Saya pergi umrah nak tenang-tenang sahaja tapi apabila balik ke tanah air, saya dengar macam-macam. 

“Apa yang saya harapkan sekarang ini adalah 7 Mac nanti (di mahkamah) semuanya berjalan dengan baik.

“Saya dah tak nak ambil tahu sama ada dia (Ira) nak berbadan tiga, empat atau lima, saya memang tak nak ambil tahu (ketawa),” kata ibu kepada dua cahaya mata itu. 

Sementara itu, ditanya tentang sama dia ada mendengar tentang ura-ura suaminya, Syamsul Yusof kini bergelar atau berpangkat Datuk, Sarah juga mengatakan bahawa dia tidak tahu apa-apa langsung namun mendoakan yang terbaik buatnya. 

“Itu (Syamsul dah dapat gelaran Datuk) pun saya tak tahu. Saya memang tak ambil tahu apa-apa. 

“Kalau dapat gelaran Datuk, alhamdulillah tahniah buat dia. Itu sahaja dan saya tak nak ambil peduli lagi. 

“Saya dah ‘move on’. Semasa saya di Madinah tempoh hari, saya dah letak semua masalah di belakang. Bahkan yang pasal Ira berbadan dua, waktu itu saya di Madinah. 

“Saya dah macam apa-apa sahajalah. Syamsul pun dah berkahwin dan benda pun dah jadi dan tiada apa yang perlu diperkatakan dari pihak saya berhubung dakwaan terbabit (Ira sekarang hamil),” katanya. 

Terdahulu, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur menetapkkan 7 Mac 2023 sebagai tarikh sebutan pertama bagi kes perceraian yang difailkan Sarah terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

Dalam pada itu, timbul khabar angin bahawa Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin kini hamil anak pertama. 

Pada awal Januari lalu, Syamsul menggemparkan dunia seni tanah air apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira di Thailand Majlis akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapanya yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI