fbpx

Dewan Rakyat: Kerajaan belum pertimbang cadangan bina lapangan terbang di Kulim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum mempertimbangkan cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) sehingga keupayaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) mencapai tahap maksimum.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah menjelaskan, berdasarkan pelan disediakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di LTAPP yang disemak semula pada 2020, ia mempunyai beberapa fasa pembangunan.

“Fasa pertama ialah 12 juta penumpang setahun yang mampu bertahan sehingga 2032, fasa kedua pula 16 juta penumpang setahun mampu bertahan sehingga 2042 serta fasa ketiga 20 juta penumpang setahun mampu menampung sehingga 2052.

“Kita lihat lapangan terbang Pulau Pinang, sebelum Covid-19 ia mencecah lapan juta penumpang dan tahun lepas, empat juta lebih penumpang serta baru nak ‘pick up’ balik.

“Kalau LTAPP sampai tahap tak mampu lagi, mungkin KXP akan jadi lapangan terbang komplementari. Saya difahamkan ia lebih kepada kargo dan di Pulau Pinang juga, ada perkhidmatan kargo,” katanya sidang di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) berhubung sama ada kerajaan akan beri kebenaran sekiranya pihak kerajaan negeri Kedah dapat mencari kewangan untuk pembangunan lapangan terbang di Kulim.

Dalam pada itu, Hasbi berkata, sehingga kini, tiada kelulusan diberikan untuk menubuhkan aerodrom bagi Projek KXP seperti mana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI