fbpx

Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Kapar baca gurindam mohon maaf isu Menu Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Halimah sewaktu membacakan gurindam permohonan maaf beliau di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kapar, Dr. Halimah Ali menarik perhatian Dewan Rakyat dengan membuat permohonan maaf menerusi gurindam susulan kenyataan beliau sebelum ini, berhubung Menu Rahmah yang didakwa mengelirukan.

Beliau membuat permohonan maaf tersebut selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul memohon untuk Dr. Halimah membacakan kenyataan yang telah dipersetujui.

“Kalau ada jarum peniti, jangan disimpan di dalam peti, andai ada ucapan disalah eri, saya menyusun 10 jari, niat di hati suara rakyat saya juari, semak imbang kerajaan Madani, biar integriti, bukankah itu peranan hakiki.

“Selaku wakil rakyat suara rakyat yang diwakili, sudi kiranya rujuk penyata rasmi, muka surat 134 hingga 137 pada 14 Februari,” katanya.

Minggu lalu, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) membuat permohonan mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (12), susulan kenyataan Dr. Halimah ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja didakwa mengaitkan Menu Rahmah dengan beberapa penyakit terutamanya kanser, autoimmune (diseases) dan autisme.

Sementara itu, Johari berkata, beliau beranggapan isu tersebut telah selesai.

“Itu gurindam yang menjawab soalan kita. Saya anggap kes ini sudah selesai, kita gerak ke seterusnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI