fbpx

Defisit fiskal negara meningkat jika gaji penjawat awam ditambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) menyantuni tetamu pada pada Forum Antarabangsa mengenai Islam dan Islamofobia: Ke Arah Bermakna Penglibatan Melalui Pendekatan Madani di Putrajaya tadi. FOTO FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA – Kerajaan mungkin akan menanggung defisit fiskal sehingga 6.5 peratus jika kadar gaji penjawat awam dikaji atau ditambah baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau secara prinsipnya bersetuju jika gaji penjawat awam ditambah baik, namun ia tidak sesuai dilakukan ketika ini.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa menanggung hutang RM1.5 trilion, malah defisit fiskal negara pula pada kedudukan 5.6 peratus.

“Jika ia (gaji penjawat awam ditambah baik) dilakukan maka, tiada orang akan datang melabur dalam negara kita dan mereka tidak yakin bahawa kita ada tekad politik untuk menguruskan negara dengan baik.

“Sabarlah sekejap. Daripada hasil yang banyak itu, saya sudah curahkan kepada semua peringkat masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa mengenai Islam dan Islamofobia: Ke Arah Bermakna Penglibatan Melalui Pendekatan Madani di sini, hari ini.

Katanya, semua pihak perlu faham bahawa amat penting untuk kerajaan menyelamatkan miskin tegar yang hidupnya lebih teruk daripada semua pekerja-pekerja yang ada- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI