REMBAU – Pasukan bomba menafikan mangsa tular yang jatuh di Gunung Datuk, di sini, pagi semalam serta disahkan meninggal dunia di Hospital Tampin disebabkan angin kuat yang melanda kawasan tersebut semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Penolong Penguasa Bomba, Ahmad Hafiz Mat Junoh berkata, berdasarkan maklumat awal yang diterima, mangsa telah naik ke gunung berkenaan bersama isteri dan anak pada awal pagi.
Menurutnya, mangsa telah terjatuh secara tiba-tiba lalu tersembam ke tanah serta bahagjan leher mangsa terkena akar kayu.
“Manga kemudiannya mengalami luka di bahagian mulut lalu tersentap dan pengsan. Sebagai tindakan, sepasukan Bomba telah naik ke gunung bersama pembantu pegawai perubatan kira-kira 9.30 pagi bagi melakukan bantuan kecemasan jantung dan pernafasan atau cardiopulmonary resuscitation (CPR) di tempat kejadian.
“Mangsa kemudiannya di bawah turun menggunakan stretcher kira-kira 1 petang dan dibuat pemeriksaan di dalam ambulans serta terus di kejarkan ke hospital, sementara keluarga mangsa ke hospital menggunakan kenderaan sendiri,” katanya hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad dilaporkan berkata, kejadian membabitkan Muhammad Noorafzanidzam Salleh, 46, yang dilaporkan telah jatuh dan pengsan tidak sedarkan diri semasa berada di ketinggian 400 meter.
“Laporan bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan saluran darah besar ke bahagian jantung telah tersumbat teruk. Mangsa terkena serangan jantung lalu jatuh tersembam.