fbpx

United risau Magpies bakal guna taktik ‘parkir bas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG meletakkan standard tinggi terhadap pemain hingga menyebabkan perubahan drastik dalam United pada saingan musim ini.

LONDON – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag mula melancarkan perang psikologi ke atas Newcastle United menje­lang perlawanan akhir Piala Liga England (EFL) di Wembley yang dijadualkan berlangsung tengah malam ini.

Beliau mendakwa The Magpies mungkin akan menggunakan helah melengah-lengahkan masa pada perlawanan itu nanti, sama seperti yang dilakukan pasukan tersebut ketika bertemu Arsenal dan Liverpool sebelum ini.

Justeru, Ten Hag berharap anak-anak buahnya dapat mencari jalan terbaik untuk mendapatkan kemenangan sekiranya Newcastle cuba menggunakan helah dengan banyak membuang masa permainan.

“Saya fikir mereka adalah salah satu pasukan yang sangat menjengkelkan setiap kali bertemu. Kami perlu gunakan kebijaksanaan selain menampilkan aksi terbaik bagi memastikan kemenangan.

“Mereka akan cuba membuatkan anda rasa berang tetapi saya sudah pesan kepada semua pemain supaya fokus kepada perlawanan sahaja. Saya tidak mahu mereka terikut-ikut dengan pe­rasaan jika diprovok,” katanya.

Pengendali dari Belanda itu mendedahkan, mereka akan cuba menerapkan corak permainan pantas pada perlawanan tersebut bagi memastikan Newcastle tidak berpeluang untuk menggunakan taktik berkenaan.

“Sekarang terpulang kepada kami untuk tingkatkan tempo permainan, namun ia bergantung kepada pengadil perlawanan juga. Jika dilihat pada rekod liga, Newcastle paling banyak membuang masa,” ujar Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI