NAK tersembur nasi Diva makan bila tengok gelagat pengacara cantik jelita Uyaina Arshad ketika berkongsi pengalamannya bermain ‘sand-boarding’ di pasang pasir di Abu Dhabi.
Memang tak ‘cover’ cantik langsung! Menerusi hantaran yang dikongsikan Uyaina, gara-gara permainan itu, sampai terkeluar hingus dibuatnya sebab terkena tempias pasir.
“Sand-boarding di Al-Khatim Desert. Pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Hingus terkeluar, bulu mata tercabut.
“Muka dan mulut penuh dengan pasir. Rasakan!” tulis Uyaina.
Menerusi rakaman yang dikongsikan, memang jelas kelihatan hingus pengacara Wanita Hari Ini itu meleleh sebab pasir masuk ke dalam hidungnya.
Kalau orang lain memang dah rasa malu nak kongsikan keadaan diri sebegitu. Tapi Uyaina selamba sahaja berkongsi keadaan wajahnya yang selekeh.
Dalam ruangan komen, rata-rata pengikut terhibur dengan gelagat lucu Uyaina.
“Langsung tak ‘censored’ hingus terkeluar,” kata seorang peminatnya.
“Maaf saya tergelak sebab hingus keluar,” komen seorang pengguna Instagram.
Nasib baiklah Uyaina memang cantik, hingus meleleh pun masih lagi orang puji cantik ya. Kalau Diva? Hmm, menangis!
DIVA: Dengarnya ramai yang beri bintang penuh terhadap filem Imaginur.