fbpx

Remaja maut rempuh van balik kenduri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD SYAFIQ maut di tempat kejadian selepas terbabas ke kiri jalan di Jalan Ayer Molek, Melaka, semalam.

MELAKA – Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangi merempuh sebuah van yang membawa penumpang pulang dari majlis perkahwinan di Bukit Rambai, di Jalan Ayer Molek di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu, mangsa, Muhammad Syafiq Amir Sahafuddin, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa yang menunggang motosikal jenis 135 LC melanggar bahagian sisi sebuah van dari arah bulatan Ayer Molek ke Kampung Solok Gaung.

“Setiba di lokasi, van itu dikatakan ingin masuk ke simpang Jalan Imam di sebelah kiri, namun tiba-tiba mangsa yang datang dari arah belakang telah melanggar bahagian sisi sebelah kiri hadapannya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Kita telah ambil darah pemandu van bagi mengesan kandungan alkohol dan dadah dalam darah dan mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI